Assalammualaikun and hye to everyone!!
My name is Nurul Hazwani Binti Shamsudin, the owner of this simple blog.
Welcome to my first educational blog entitled "The fantastics world of microbiology". Hopefully from my simple blog can give all of you some new information and slightly increased in knowledge.
Oh yeah, about my background, I obtained my Diploma in Microbiology from Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam after 3 years fighting for it. In December 2009, I'm become graduated student from UiTM, Shah Alam in Bachelor in Science (Honours.) Biology. Due to my insistence of my instincts to achieve dream of grasping master before the age of 30 years, I continue my study in Master in Educational Biology at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) in full time. I hope my dream will be achieved in order to convince me to move on to another level of excellent step which is PhD. InsyaAllah, I really hope after holding a roll of this Master, I will become an amazing lecturer.
A little glimpse of me, I was born on May, 28th 1986 at Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. Born as the second child of four siblings who are made up 3 Heroine and a Warrior in my family. I exaggerated in Kuantan until I managed to continue my study at UiTM, Shah Alam and I had to leave this beloved country for a while. I have some recent experience includes working as a Science and English teacher at a tuition center. To some extent, I can share my knowledge with the young nation as well as I can apply my knowledge in education.
With the subject ICT in Science Education, I am able to integrate ICT in my teaching skills that are very shallow and also broaden my mind and knowledge in education as well as ICT. So, I choose a right option to choose UPSI for my further studies. Here, my eyes began to open in the field of education that not to teach student solely. With this subject, I can diversify my teaching techniques and materials to attract the students' interest, even thought I just a called a tuition center. This blog really inspired me to become an ICT based teacher that not only focused on the lesson content, but also to apply modern technology continues to evolve around us to practice in my teaching and learning process. Nowadays, it is evident that modern technology that is actually help us, not make us hard as people said before. I am very satisfied with this learning E-portfolio in order to fulfill my need as a teacher or lecturer of future knowledge-based technology that can teach and educate future generations better from now for their better future life.
Let us see video of my family and me that aspired me to become more successful person.
Assalammualaikum dan hai!!!
Nama saya Nurul Hazwani Binti Shamsudin,pemilik blog yang serba sederhana ini.
Selamat datang ke blog pendidikan pertama saya yang diberi nama “The fantastic world of microbiology. Diharapkan sedikit sebanyak blog saya yang serba sederhana ini dapat memberi anda informasi baru dan sedikit pertambahan ilmu pengetahuan.
Oh ya, menyentuh tentang latar belakang saya, saya memulakan pengajian di peringkat institut pengajian tinggi dengan mengambil kursus Diploma Microbiologi di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam selama 3 tahun. Seterusnya, pada dis 2009, saya bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Sains Biologi dari UiTM Shah Alam. Akibat desakan naluri untuk mencapai impian saya iaitu mengenggam Sarjana sebelum berusia 30 tahun, saya nekad menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana dengan mengambil kursus Sarjana Pendidikan Biologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) secara sepenuh masa. Saya berharap, impian saya akan tercapai bagi saya terus yakin untuk mengorak langkah perjalanan hidup saya ke satu tingkat kecemerlangan lagi iaitu PhD.InsyaAllah. Besar juga harapan saya semoga selepas menggenggam segulung Sarjana ini, saya akan bergelar seorang pensyarah.AMIN.
Sedikit sepintas lalu mengenai saya. Saya lahir pada 28 Mei 1986 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. Lahir sebagai anak kedua dari 4 orang adik beradik yang terdiri daripada 3 serikandi dan seorang pahlawan unggul dalam keluarga saya. Saya di besarkan di Kuantan sehiggalah saya berjaya menjejaki ke UiTM dan saya terpaksa meninggalkan negeri kelahiran tercinta ini sebentar. Saya mempunyai beberapa pengalaman kerja termasuklah yang terkini sebagai guru di sebuah pusat tuisyen di Tanjong Malim dengan mengajar matapelajaran sains dan bahasa Inggeris. Sedikit sebanyak, ilmu di dalam dada dapat dikongsi bersama anak bangsa di samping mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di UPSI.
Dengan adanya subjek "ICT in science education" ini, saya dapat mengintegrasikan ICT dalam meningkatkan kemahiran mengajar saya yang sangat cetek dan juga memperluaskan minda dan pengetahuan saya dalam dunia pendidikan dan ICT. Tidak salah pilihan saya memilih UPSI bagi menyambung pengajian saya. Di sini, mata saya mula terbuka dalam bidang pendidikan yang bukan tertumpu kepada untuk mengajar pelajar semata-mata. Dengan adanya subjek ini, saya dapat mempelbagaikan teknik megajar dan bahan mengajar saya dalam menarik minat pelajar walaupun saya hanya bergelar seorang guru tuisyen. Blog ini benar-benar mengilhami saya untuk menjadi seorang tenaga pengajar yang berasaskan ICT yang tidak hanya terfokus pada isi pelajaran saja, tetapi juga menerapkan teknologi moden yang terus berkembang di sekitar kita untuk diaplikaiskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekarang, terbukti bahawa teknologi moden sebenarnya membantu kita, tidak membuat kita sukar sebagaimana yang diperkatakan oleh pendidik terdahulu.
Saya sangat berpuas hati dalam proses pembelajaran E-portfolio ini kerana ia benar-benar memenuhi keperluan saya sebagai seorang pendidik masa depan yang mengajar berasaskan teknologi dan mendidik generasi muda dengan lebih baik dalam memastikan kehidupan mereka bertambah baik.
Mari kita melihat video saya dan keluarga yang banyak member dorongan kepada saya dan sumber inspirasi saya untuk berjaya.
No comments:
Post a Comment